Monday, March 19, 2012

RIDE TO GENTING HIGHLAND - 30/10/2011

Ini adalah ride pertama kami  bersama-sama ST1300 selepas kami membelinya dari Dato Zamri. Kami mendapat panggilan kecemasan pada bro Fadil untuk join ride ini. RV pertama kami adalah di Stesen Petronas Seksyen 15, BBB pada pukul 2.30 pm dan disitu bro fadil dah menunggu bersama BMW RT1200 merahnya. Kami bergerak ke RV yang kedua iaitu di BHP Gombak dan di pertengahan jalan di Ampang, bro Fadil pergi menjemput Arin di rumahnya di Kg Pandan. Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Shell Gombak untuk mengisi full tank. Kemudian kami nampak Dato Azhari menyelinap laju menuju ke RV kedua di BHP Gombak. Kami tiba di BHP gombak pada pukul 3.15 pm dan ramai yang dah menunggu.

Tayar golek di RV tersebut pada pukul 3.45 pm dan kesemua 9 biji motosikal berkuasa tinggi bergerak menyusur Karak Highway menuju ke Genting. Antara ahli2 yang menyertai konvoi kali ini ialah Bro Fadil dan Arin (BMWRT1200), Bro Zainal dan Zatie (Honda ST1300), Bro Ipin (Kawa GTR1400), Dato Azhari (BMW RT1200), Jering (ZXR600), Bro Dino (ZX750), Pak Malau (Hayabusa1300) Johan dan Ell (ZX1200), Mas (Honda Shadow 600)

Cuaca agak mendung dan kami mengharapkan hujan tidak turun. Semasa sebelum sampai di terowong Genting Sempah, hujan mula turun dengan renyai2 dan kami meneruskan perjalanan. Keadaan jalan yang basah pasti akan membuatkan beberapa ahli konvoy kami mengeluh kerana tidak dapat memaksimumkan darjah keleperan motosikal mereka.





Kumpulan kami berjhenti sebentar di pintu kawalan naik ke Genting untuk berkumpul di dalam satu kumpulan kerana kami masuk bergerak didalam satu kumpulan. Pada masa ini jaklet dan mula lembab sebab hujan dah turun renyai2. Selepas 5 minit berhenti, kami meneruskan perjalanan ke puncak Genting..


Semasa perjalanan mendaki bukit, kami bergerak secara berkumpulan dan akhirnya kami selamat sampai di puncak Genting pada pukul 4.20 pm dan kami terus lepak di Starbuck Genting Highland. Kami lepak dan minum kopi disitu..


Ini adalah aksi sebahagian dari kami apabila sampai di Genting..


antara para-para jelitawan yang mengikuti konvoy ini......


Apalagi yang nak di borakkan..pasal motorlah...hehehe


Berehat kejap sambil melepaskan penat riding naik bukit..tinggi tu....cuaca agak sejuk sebab baru lepas hujan...


Wowww..keta kabel lalu atas pala.....baik2 bro...nanti terantuk nanti...seronoknyerlah....



Para jelitawan berposing lagi dekat signboard Genting Highland....confirm sampai...



Bergambar lagi dengan bermacam2 aksi....si Dino sampai tak nak bukak helmet sebab sejuk....



Bergambar bersama motosikal di tepi bukit Genting sebelum turun balik ke Kuala Lumpur...waktu sekarang pukul 6.45 pm...ada banyak benda mengacau bro....


Bergambar sebelum turun ke KL..masa nie bahu dah terasa berat...hehehe..Bro Ipin..jaga..jaga..

Kami turun ke Kuala Lumpur pada pukul 7.00 pm dan dalam keadaan hujan renyai2...dan pada masa inilah...jeng..jeng...saya dan bro ipin telah mengalami sesuatu yang mistik...alhamdulilah dah selesai semuanya....Kami berhenti untuk solat Maghrib sebentar di R&R Gombak dan kemudia terus ke Kedai Nasi Kerabu Di Taman Prima Gombak untuk Majlis Sambutan harijadi Isteri bro Ipin...


Para jemputan sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh Bro Ipin ...Amien....



Terimakasih bro Ipin....dan tahniah kepada isterinya ...terimakasih daun keladi....



Bergambar dengan motor Jering sebelum motor ini di convert ke Versys..hehehehe

Majlis bersurai pada pukul 11.30 pm dan kami semua berpuashati dan Ride dan makan-makan....



No comments:

Post a Comment