Tuesday, March 20, 2012

CONVOY TO MELAKA - WEDDING RIDE - 7 N0V 2011

Kami mendapat jemputan untuk menghadiri dan juga mengiringi pengantin di Melaka dari bro Ipin. Khabarnya, pengantin ini adalah juga saudara rapat kepada bro ipin dan kebetulan pada masa itu tak ramai bikers dari G08 yang dapat menghadiri majlis tersebut. Oleh itu, saya dengan bro Fadil sahaja yang dapat menghadirinya. kami bertolak dari BBB dalam pukul 10.00 am dan kemudian pergi ketempat RV di Petronas R&R Seremban untuk menunggu group lain dari KL. Setelah lebih kurang 1 jam menunggu di R&R Seremban, group dari Kl yang di ketua oleh Aboy tiba dengan 5 buah motosikal. Yang saya tahu dalam group itu ada Man Cina, Gig ST dan beberapa org lain yang saya x kenal. 

Kemuadian dalam pukul 11.30 am kami mula bertolak ke Melaka dan kami mengunakan PLUS Highway sehingga ke tol Pedas/Linggi dan mengunakan jalan kampung sehingga ke Alor gajah Melaka. 

Kami sampai di rumah pengantin lebih kurang pukul 12.15 pm dan kami terus berehat sebentar sambil menunggu makanan dihidangkan. Slepas makan, kami mulakan tugas kami untuk mengiringi pengantin dari rumah persinggahan ke tempat bersanding.




Convoy mengiringi pengantin mula tiba di perkarangan rumah pengantin di ketuai oleh bro Fadil dan diikuti oleh motor yang dinaiki oleh pengantin sambil diiringi oleh paluan kompang...




Ketibaan pengantin menaiki ST Gigg...



Motor saya di bawa oleh bro  Bard dan dia membawa pengapit lelaki...



Pengantin dah sampai..yeah...yeahh...


Sempat bergambar sebentar sementara menunggu pengantin turun dari motornya...



Berarak dengan pengantin pulak....



Antara bikers yang hadir ke majlis ini...







Lauk yang di hidangkan...sedapnyer lauk Melaka......

Selalunya dah habis makan ..sukalah hati....kenyang bro...sedap lauknyer......
Kemudia dalam pukul 2.30 pm, saya dan bro Fadil bergerak pulang ke KL. tetapi sebelum pulang kerumah, kami singgah dulu di rumah bro Jering dan Dino di Seremban untuk sambutan Hari Raya....

Sewaktu menunggu kehadiran bro Dino untuk menjemput kami di Tol Senawang....tak tahu rumah...hehehe.

Kami selesai beraya dirumah Dino/Jering pada pukul 5.00 pm dan selamat sampai dirumah pukul 5.30 pm...balik ikut LEKAS highway bro...memang lekas...





No comments:

Post a Comment