Tuesday, March 20, 2012

JALAN2 CARI MAKAN CONVOY - KUALA ROMPIN 25-26 FEB 2012

Aktiviti convoy kami diteruskan dengan convoy Jalan2 Cari Makan (JJCM) ke Kuala Rompin Pahang pada 25 - 26 February 2012 dan tujuan utama ialah untuk merasa keenakan udang galah Rompin yang begitu popular di negara ini. Kata orang kalau tidak merasa daging udang galah Rompin ini, maka tak lengkaplah seseorang itu boleh dipanggil peminat udang galah. Sebelum sampai pada tarikh convoy, kami telah mula terasa-rasa nak memakan udang galah rompin, benarkan kesedapan dan keenakan seperti yang di war-warkan oleh orang ramai. Tak sabar rasanya menunggu tarikh konvoi tersebut. Dan akhirnya tarikh tersebut tiba jua dan ikutilah coretan kami sepanjang perjalanan untuk merasa daging udang galah Rompin.

RV telah ditetapkan di tempat biasa iaitu BHP Gombak pada pukul 8.30 am dan tayar golek pada pukul 9.00 am. Seawal 7.45 am, kami telah keluar dari rumah untuk mengelakkan dari kelewatan dan juga semangat untuk merasa daging udang galah yang enak itu. Seperti selalu, kami akan berhenti mengisi minyak di Shell Gombak dan kemudian terus ke tempat RV di BHP Gombak. Setibanya di lorong motosikal tol Gombak, seperti biasa Polis mengadakan operasi tetapi kami tidak di tahan kerana kebanyakan motosikal yang di tahan adalah dari jenis superbike (motosikal orang muder..hehehe) dan motorsikal kami dari jenis super touring (kira otailah tu..hehehe), sure takde masalah punyer.....

Kami tiba di tempat RV dalam pukul 8.15 am dan selepas parking disebelah Mek SiTi kepunyaan bro Ipin, kami terus pergi bersarapan di restoren disitu. Kebetulan bro Ipin dan isterinya sedang bersarapan dan kami pun turut serta bersarapan sementara menunggu ahli kumpulan kami yang lain. Kami order roti telur dan teh tarik.  Route kami untuk convoy kali ini  adalah bermula dari Kuala Lumpur - Temerloh - Gambang - Muadzam Shah - Kuala Rompin - Muadzam Shah - Bandar Baru Serting (Jempol) - Kuala Pilah - Senawang - Lekas Highway (Semenyih) - Kuala Lumpur. 


Laluan pergi dan balik yang kami lalui sepanjang 650 km....


Setelah semua ahli yang menyertai convoy ini berkumpul, kami memulakan perjalanan ke Temerloh pada pukul 9.10 am. Sepanjang perjalanan cuaca amat baik walaupun jalan agak sibuk dengan kenderaan dan purata kelajuan kami adalah dalam lingkungan 150 km/j ke 180 km/j. Tapi menurut bro Dino yang mengejar bro Man Cina (Honda Goldwing), purata bro Man cina bawak Goldwing adalah 220 km/j. Tak terkejar wooi.... 


Goldwing bro Man Cina yang laju tu....complete set....

Satu pengalaman yang menyesakkan dada sepanjang perjalanan adalah semasa di highway LPT di kawasan Lanchang dimana ada satu kereta mamat nie yang memandu Proton Gen 2 telah jalan bersaingan dengan kereta satu minah yang mengunakan kereta yang sama. Mereka berjalan bersaingan lebih kurang sejauh 2 km dan kami tak dapat memotong atau mencelah diantara kereta tersebut sebab ruangnya agak sempit. Dah boring mengikut di belakangnya dan mamat tu buat tak reti aje sebab syok mengorat minah tu, akhirnya saya terpaksa memasang lampu biru dan membunyikan siren bagi memberi amaran kepada mamat tu. Lastnye ketepi juga dia, padan muka dia..agaknya dah kecut perut ingatkan polis bagi warning.

Kami semua selamat sampai di Temerloh pada pukul 9.55 am dan terus ke rumah En Zulkifli Mohamed (abang saya) di Kampung Paya Luas Temerloh (belakang Hospital Temerloh). Sebenarnya kami telah mendapat jemputan untuk bersarapan di rumahnya pada pagi ini dan dirumahnya juga sudah menunggu Dato Zamri, isterinya dan juga anaknya untuk menyertai convoy ke Kuala Rompin ini. 

Antara bikers dan pillion yang menyertai convoy kali ini ialah Bro Ipin dan Isteri (Honda ST1300), Zainal dan Atie (Honda ST1300), Bro Dino dan Isteri (Kawasaki Z750), Bro Man Cina (Honda Goldwing 1800), Bro Daniel dan anak (BMW GS800), Bro Adrien dan Isteri (BMW GS1200), Dato Zamri dan Isteri (BMW GSA1200), Afiq - anak Dato Zamri (kawasaki Versys 650) dan Bro Jering dan Family (Grand Livina). 



En Zulkifli dan keluarga  sudah siap menunggu kehadiran kami semua. Beliau adalah abang saya dan juga Dato Zamri dan tinggal di Kpg Paya Luas Temerloh. Beliau juga berminat di dalam aktiviti permotoran ini dan insyaalah boleh menyertai kami nanti.



Ahli keluarga En Zulkifli dan adik beradiknya termasuk ipar duai sedang berbual sambil melihat cucu beliau yang pertama...


Inilah motor kawasaki Versys 650  yang banyak berjasa kepada Dato Zamri yang membawanya mengembara ke Bumi Suci Mekah dalam "Program Kembara Bumi Suci 1". Sekarang motor dipakai oleh En Zulkifli kerana Dato Zamri sekarang mengunakan BMW GSA1200.


Kami dihidangkan dengan makanan tradisional pantai timur seperti nasi dagang, laksam lemak dan nasi lemak dan juga kueh mueh yang sedap..Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah...



Sebelum bergerak ke Kuala Rompin, kami semua mengambil kesempatan bergambar beramai2 dengan keluarga tuan rumah..Terimakasih daun keladi atas layanannya yang cukup mesra dan meriah.

Pada pukul 10.30 am, kami semua bergerak meninggalkan rumah En Zul dan bergerak ke Gambang dengan mengikuti jalan lama sampai ke tol Chenor. Keadaan jalan lama ke kuantan begitu sibuk dengan kenderaan dan kami terpaksa memotong barisan kenderaan yang panjang sebelum sampai ke tol Chenur untuk masuk ke LPT. Perjalanan dari tol Chenur hingga ke persimpangan Gambang amatlah lancar kerana tak ada banyak kenderaan pada masa itu dan cuaca amatlah baik. Kemudian apabila sampai di persimpangan Gambang, kami menyusur keluar ke arah Muadzam Shah dan kami sempat berhenti mengisi minyak dan berehat sebentar di Caltex  Gambang.




Berhenti rehat dan mengisi minyak di Caltex Gambang...dan di tengah itu bro Ipin sibuk memberi penerangan mengenai helmet yang kami baru beli.

Selepas berhenti rehat dan mengisi minyak dalam masa 20 minit, kami mula bergerak ke arah Muadzam Shah dan perjalanan ini mengambil masa dalam 1 jam 30 minit sebelum kami sampai di Kuala Rompin dalam pukul 2.00 pm. Perjalanan mengunakan jalan negeri amatlah memenatkan kerana banyak kenderaan yang ada di jalan dan juga keadaan jalan yang tidak begitu baik. Apabila kami sampai di Kuala Rompin, lega rasanya sebab masing2 dah penat dan laparr....pada masa itu, masakan udang galah dah mula terbau-bau di hidung kami...



Replika ini menyambut kami apabila kami sampai di Kuala Rompin. Sesuai dengan nama bandar Udang Galah, memang disini banyak terdapat udang galah yang rasanya begitu enak...tak sabar nak rasanya....kami terus meneruskan perjalanan kami ke tempat yang hendak dituju iaitu Gerai Abg Mie iaitu yang terletak diantara jalan  Kuala Rompin dan Mersing.



Kami sampai ke kedai Abg Mie dalam pukul 2.15 pm dengan semangat berkobar2 nak makan udang galah..di campur pulak dengan perut kami semua yang memang dah terlalu  lapar..fuhhh....lega rasenyer....

Sesampai sahaja di kedai Abg Mie, kami dihidangkan dgn welcome drink iaitu air asam jawa yang begitu sedap...sesuai dengan keadaan cuaca yang panas dan tekak kami semua memang kering....syukur alhamdulilah...



Fuhhhhh..tu dia...inilah dia udang galah Kuala Rompin yang selalu di perkatakan orang ramai...semuanya fresh-fresh dan panas-panas lagi...mana nasik..dah x sabar dah nie...tengoklah saiznya...memang mengancam....maaf ya kepada sesiapa yang ada penyakit gaut...tengok ajelah..hehehe

Banyaknyer udang....memang banyak dan sedap udang disini, mengikut kata Abg Mie, kalau orang tempatan yang beli dapat harga murah...betul jugak...sebenarnya tempahan telah di buat awal oleh bro Man Cina dan masakan ini adalah special hanya untuk kami semua...bravooo...



Ini masakan sampingan..ketam masak merah...fuhhh...mmg fresh ketam ini dan sedap....itu belum lagi di campur ikan kembung bakar percik yang fresh dan sedap dan juga ikan goring dan ikan masin...huh..berpinar mata kami tengahari tu...


Lihatlah keadaan kami semasa sedang makan udang galah...langsung tak menoleh bila cameraman ambil gambar....concentrate,,,concentrate.....fuhh..berasap...sampai sekarang terasa keenakannya...ini kira bukan mertua lalu tak nampak, kalau kapalterbang terhempas pun kami tak akan sedar punyer.....

Oh ya...untuk makan tengahari ini, kami semua di taja oleh bro Man Cina....tq bro...lepas nie pekena bende lain pulak....Selepas makan dan berehat menghilangkan penat makan, kami mula bergerak ke resort penginapan kami iaitu Chedoq Resort. Pada mulanya kami menempah di Hotel Seri Malaysia Tanjong Gemuk, tapi disebabkan jaraknya agak jauh, kami menukar ke Chedoq Resort (dekat sikit dengan kedai Abg Mie sebenarnyer..)


dah kenyang dan berehat kejap, kami bertolah ke Chedoq resort dan kami tiba di Chedoq Resort 10 minit perjalanan dari kedai abg Mie. Apalagi, kami  terus check-in laaa...........penat woooo...



Rilek sekejap..

Papantanda arah ke reception Chedoq Resort..harga biliknya berpatutan..RM75 untuk Chaket Studio dan RM138 untuk Chalet Family....sesuai untuk buat family day atau apa2 aktiviti sukan..kawasan lapang dan cantik dan setiap chalet berada di tepi tasik...aman damai....

Setelah semua check-in, kebanyakkan berehat untuk menghilangkan penat setelah menempuh perjalanan sejauh 370 km dari KL ke Kuala Rompin. Tiada aktiviti pada petang ini dan semua bebas. pada pukul 6.00 pm, kami bersiar2 di pantai. Pantai disini cukup landai seperti di Cherating tetapi kedudukannya di sebelah timur dan tidak menghadap matahari terbenam. kami berjalan di pantai sehingga waktu maghrib sebelum balik ke chalet untuk mandi dan solat dan terus bersiap2 untuk makan malam. Makan malam di mana? dan makan apa?...nanti kita lihat...



Kami makan malam juga di kedai Abg Mie dan makan malam ini di taja oleh Dato Zamri...terimakasih daun keladi...


Apa yang kami makan?...hahaha   Oleh kerana makan di Kuala Rompin, maka udang jugalah jawabnyer...hehehe..Tak larat nak cerita pasal makan udang sebab best sangat...cubalah sendiri...

Selepas penat makan buat malam itu, kami terus pulang ke resort manakala salah seorang ahli kami, bro jering terpaksa ke hospital kuala Rompin untuk mendapat rawatan allegic...badan tumbuh gegata sebab makan udang...tak tahu rupanya dia allergic udang...tapi sebab tak tahan melihat kecantikan udang disini..di bantainya jugak...


Selepas sampai di resort, kami terus layan karoake....ini dia juara karoake bro Dino......bro jering sedang  sakit jadi dia tak dapat menyumbangkan suara pada malam ini. Kami habis berkaroake dalam pukul 12.30 am dan terus balik tidur....bersedia untuk ride esok pula.

Kami bersarapan di pekan Kuala Rompin pada esok paginya. Kebetulan pula ada pasar minggu berdekatan kedai tersebut. Peniaga yang berniaga gerai makanan ini menyedari bahawa Dato Zamri adalah perserta Kembara ke Tanah Suci 1 dan beliau cukup teruja bila dapat berjumpa dengan Dato Zamri. Siap dapat bergambar lagi...tapi tak dapat makan free..hehehe..



Ini dia sarapan pagi saya hari itu. Nasi Dagang Kuala Rompin...memang sedap rasanya...manis pedas secukup rasa..perfect 100% markah boleh bagi...nak tambah tapi segan...

Lepas makan apa lagi..merayau2lah ke pasar minggu berdekatan...beli ketupat pulut palas untuk di bawa balik ke BBB. 5 biji = RM2.00. Apa yang istimewanya di pasar minggu ini, makanan dan kueh muehnya cukup istimewa. memang tak jumpa di kawasan bandar. Disini semua kuehnya cukup menyelerakan dan kebanyakkan dari pantai Timur. Harga kira oklah..puas hati sebab sedap...Yang perempuan pulak biasalah sibuk mencari tudung..walaupun dah melambak kat rumah..tapi tak boleh tengok tudung baru bergayut kat kedai..mesti nak beli.....



Lepas penat berjalan2 kat pasar minggu, apa lagi nak tunggu..balik ke resortlah..tapi sempat lagi bergambar kat depan kedai makan tu...sape2 yang takde dalam gambar nie..jawapannya ialah tengah sibuk bershopping kat pasar minggu.....
Bila sampai kat resort...kami semua tak terus masuk bilik tapi lepak dulu kat bangsal kat tepi padang...bro ipin minta atur motor sebab nak ambik gambar....sempat jugak ambik gambar....


Ini dia para jelitawan yang menjadi pillion pada convoy kali ini....beraksi depan camera sebelum bergerak balik..


hehehe..para bikers....nak juga beraksi....yang tak ada dalam gambar ialah bro Man Cina dan bro Adrian..

Kami semua bergambar di atas busut di resort tersebut..freestyle .....tengah panas terik nie....

Aksi mengoda bro Dino dan bro Ipin....tengah panas buta nie....

On de way balik ke BBB...singgah kat Petronas Rompin untuk isi minyak...tak perasaan ada Mek SiTi kat belakang tu...jadi sedondon pulak...

Perjalanan pulang melalui Muadzam Shah dan terus ke Bandar Baru Serting...kami bergerak berkumpulan dan sepanjang jalan hujan turun dengan lebatnya dan perjalanan agak mencabar..banyak kenderaan dan hujan ...tapi nasib baik pakaian sempat kering sebelum sampai ke Bdr Baru Serting untuk berhenti makan tengahari.


Motorsikal parking kat depan gerai makanan dan kami semua sedang makan pada masa ini...Selepas makan, Dato Zamri dan anaknya (Apiq) terus mengikut jalan ke arah Triang untuk pulang ke Temerloh. Manakala Adrian pula mengikut jalan ke Karak. Kami berlima meneruskan perjalanan pulang ke KL mengikut Kuala Pilah dan Senawang (Lekas highway). Kemudian kami berhenti sebentar di hentian Lekas untuk minum2 dan menghabiskan duit pool. Syukur alhamdulilah, kami semua selamat sampai ke rumah dalam pukul 5.30 pm dalam keadaan basah kuyup..hehehe...

Next Convoy..........??? ...........insyaalah ke CHERATING kite.....






RIDE TO CAMERON HIGHLAND - 17 NOV 2011 (Aborted Halfway)

Perancangan kami seterusnya ialah Ride ke Cameron Highland pada 17/11/2011 dan mengikut route seperti berikut : Kuala Lumpur - Bentong - Raub - Sg Koyan - Cameron Highland - Simpang Pulai - Kuala Lumpur. Lebih kurang 16 motorsikal dan melibatkan seramai 40 riders dan pillion yang menyertai ride kali ini. RV pertama kami ialah di BHP Gombak dan ditetapkan pada pukul 8.30 am. Tayar golek ialah pada pukul 9.00 am. Sebelum kami sampai di BHP Gombak, kami telah di tahan oleh pasukan penguatkuasa JPJ yang sedang membuat operasi keatas motosikal berkuasa tinggi. Saya juga di tahan dan mereka cuma memeriksa lesan dan roadtax. Kebetulan roadtax ST13 saya masih berada dengan Dato Zamri, tapi nasib baik saya membawa salinan geran yang itu diterima oleh pegawai JPJ tersebut. Kami sampai di tempat RV dalam pukul 8.25 am dan kelihatan begitu ramai biker sedang berkumpul untuk menuju ke haluan masing2. Yelah, hujung minggu begitulah keadaannya di BHP ini, tempat yang paling strategik untuk bikers berkumpul sebelum meneruskan perjalanan masing2.

Setelah kesemua ahli group kami sampai dan sebelum kami memulakan perjalanan, Dato Azhari telah membaca doa dan di aminkan oleh semua ahli. Kami mulakan perjalanan dalam pukul 9.10 am dan perhentian pertama kami adalah di Bandar Bentong. Cuaca sangat baik pada pagi ini dan keadaan jalanraya juga tidak begitu sibuk. Kami sampai di Bandar Bentong untuk berehat dalam pukul 10.00 am.



Kami sempat bergambar dan berposing di tempat hentian pertama di Bandar Bentong Pahang.



Diantara aksi semasa berhenti rehat di Bandar Bentong..


Para jelitawan sempat berposing dgn Puan SiTi 13.



Antara motorsikal yang menyertai konvoi hari ini..


Posing bro.....



CBR bro Ipin...sekarang dah di gantikan dengan Mek SiTi 13.



Para penyerang sedang mengatur strategi....


Pheewwiittttttt...............

Kami meneruskan perjalanan selepas 20 minit berhenti rehat (sebenarnya kami menunggu satu lagi motorsikal yang tertinggal di belakang). Bila yang last itu sampai, kami pun bergerak menuju kearah Raub.

Semasa memulakan perjalanan ke Raub, kami berpecah kepada dua kumpulan yang besar. Kumpulan pertama bergerak dahulu dan diikuti oleh kumpulan yang kedua. Selepas 30 minit, kami sampai ke Pekan Raub dan kami terus meneruskan perjalanan kami ke Sungai Koyan bagi memulakan pendakian ke Cameron Highland.

Setibanya kami sampai di KM55 antara pekan Raub dan Sungai Koyan, kami memperlahanklan kelajuan kerana kami melihat di hadapan ada satu kumpulan motorsikal yang sedang berhanti di tepi jalan. setibanya kami di tempat tersebut, kami semua terperanjat kerana salah seorg ahli kami telah terlibat dalam kemalangan.


Lokasi dimana kemalangan itu berlaku..Jalan yang lurus tapi merbahaya (km55  Raub - Sg Koyan)

Beliau membawa versys dan beliau telah terbabas keluar dari jalan ber tar dan jatuh ke tepi jalan kearah semak. Kami semua berhenti untuk membantu mangangkat mangsa dan motorsikalnya. Dan ada juga penduduk setempat yang membantu kami untuk mengangkat mangsa. Dan kebetulan pula satu satu pasukan polis yang melalui jalan tersebut dan mereka juga berhenti untuk membantu.

Oleh kerana menunggu ambulan yang lambat sampai, pihak polis telah bermurah hati menggunakan kereta mereka untuk mengangkat mangsa ke klinik berhampiran iaitu Klinik Desa Sg Koyan.

Selepas mangsa diangkat ke kereta polis dan di bawa ke klinik, kami terus bergerak ke Petronas Sg Koyan untuk berkumpul dan berbincang mengenai status convoy yang di rancang.

Kami semua telah bersetuju dan bersepakat untuk membatalkan convoy tersebut dan kemudian mengikut mangsa yang akan di bawa ke hospital Kuala Lipis dengan menaiki ambulan. Dalam pukul 12.30 pm, kami semua bertolak ke hospital Kuala Lipis dan kemudian menunggu disitu sehingga pukul 3.45 pm. Dalam masa itu, kami sempat juga untuk makan tengahari di hospital dan juga mengerjakan solat dan berehat sebentar di surau hospital.

Sambil menunggu di Hospital Kuala Lipis...


Pihak hospital Kuala Lipis kemudian membuat keputusan untuk membawa mangsa untuk rawatan lanjut di Hospital Temerloh kerana keadaan beliau yang agak parah.

Ambulan yang membawa mangsa dari Hospital Kuala Lipis ke Hospital Temerloh.


Kemudian dalam pukul 3.45 pm, kami, bro Fadil dan Bard bergerak dahulu ke arah Temerloh mengikut jalan Raub dan memotong ke Jerantut manakala kumpulan lain mengikut jalan ambulan ke arah Jerantut. Hujan turun semasa perjalanan ke Jerantut dan kami bertemu dengan kumpulan asal kami di Caltex Jerantut.



Berhenti rehat sebentar di Caltex Jerantut sebelum menyambung perjalanan ke Hospital Temerloh. Hujan  turun sepanjang perjalanan ke Temerloh.

Kemudian kami berehat sebentar di Jerantut dan kemudian meneruskan perjalanan kami ke Temerloh didalan hujan. Kami sampai ke Hospital Temerloh didalam pukul 7.15 pm dan terus ke bahagian kecemasan sambil menunggu Dato Zamri yang berada di wad kecemasan. Kemudian ibu dan bapa mangsa sampai dari  Kuala Lumpur dan kami terus bersalam dan menerangkan apa yang terjadi.

Kemudian kami pergi makan di kantin hospital Temerloh bersama bro Ipin dan bro Fadil sementara menunggu kehadiran Dato Zamri yang masih berada di wad kecemasan hospital. Setelah semuanya selesai, kami bertolah balik ke Kuala Lumpur dalam pukul 8.45 pm didalam hujan lebat sepanjang perjalanan. Kami selamat sampai di rumah didalam pukul 11.45 pm. Keadaan kami cukup penat sepenatnya dan trip kami telah berubah ke laluan baru iaitu : KL - Bentong - Raub - Sg Koyan - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - Kuala Lumpur.  Penat tapi syukur..semuanya selamat.

Maaf, tidak ada gambar bermula pada masa kemalangan sehingga sampai ke rumah...tak sanggup nak ambil...











CONVOY TO KAJANG - WEDDING RIDE 2 - NOV 2011

Jemputan untuk mengiringi pengantin kali ini adalah merupakan jemputan dari bro Ipin dimana tuan rumah adalah merupakan boss kepada bro ipin. Rumah beliau di Taman Sikamat Kajang dan kumpulan kami ditugaskan untuk mengiringi pengantin dari Esso Jalan Kajang Lama hingga ke rumah pengantin.  Lebih kurang 20 motosikal berkuasa tinggi yang terlibat dan melibatkan riders dan pillion seramai lebihkurang 30 orang.

RV pertama kami yang datang dari BBB ialah di Petronas Seksyen 3, BBB dan kami sampai disitu dalam pukul 11.00 am di dalam hujan lebat. Ketika kami sampai di tempat RV pertama, bro Fadil, Johan, Mas dan bro Bard telah menunggu kami. Tak lama kemudian, Datio Azhari sampai dan kami kami terus bergerak ke tempat RV kedua iaitu di hentian selepas tol batu 13 kajang-cheras.

Setibanya kami di situ, lebih kurang 15 buah motor sedang menunggu kami dan kami berhenti sebentar untuk   menunggu yang masih belum sampai dan juga mendengar taklimat.


Berkumpul di hentian selepas tol Batu 13 Kajang - Cheras. Kelihatan bro ipin sedang memberi taklimat kepada bikers agar perjalanan tersusun dan lancar..



Bro ipin sedang mamberikan taklimat ringkas sambil Johan melarikan diri..hehehe




Ditempat RV yang ketiga iaitu di Esso Jalan Kajang Lama sambil menunggu kehadiran pengantin....




Barisan motosikal semasa menunggu pengantion di Esso jalan kajang Lama...panas..wooo..mana pengantin nie...

Lama menunggu...bermacam2 aksilah keluar....



Masing-masing ingin mencuba motor kawan yang lain...mana tahu berkenan...

Group yang mengiringi pengantin di Taman Sikamat kajang. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar nie...



Barisan motorsikal...rear view....


Panas wehhh...lama bebenor pengantin nak sampai.....

Pengantin dah sampai dan mula mengiringi pengantin...bergerak berdua-dua...(mcm budak sekolah masuk kelas pulak...)...



Dah sampai kat rumah pengantin dan menunggu untuk makan aje......yahooo....

Saat yang ditunggu-tunggu...tak sabo nak makan....berebut-rebut mcm budak kecik....

Alhamdulilah...dah kenyang semua.......tunggu jemputan yang baru aje....

kami meninggalkan majlis dalam pukul 3.00 pm dan kami bergerak ke destinasi masing-masing....Kalau ada sesiapa yang nak buat majlis kahwin lagi..jemputlah....