Setelah kesemua ahli group kami sampai dan sebelum kami memulakan perjalanan, Dato Azhari telah membaca doa dan di aminkan oleh semua ahli. Kami mulakan perjalanan dalam pukul 9.10 am dan perhentian pertama kami adalah di Bandar Bentong. Cuaca sangat baik pada pagi ini dan keadaan jalanraya juga tidak begitu sibuk. Kami sampai di Bandar Bentong untuk berehat dalam pukul 10.00 am.
Kami sempat bergambar dan berposing di tempat hentian pertama di Bandar Bentong Pahang.
Diantara aksi semasa berhenti rehat di Bandar Bentong..
Antara motorsikal yang menyertai konvoi hari ini..
Posing bro.....
CBR bro Ipin...sekarang dah di gantikan dengan Mek SiTi 13.
Para penyerang sedang mengatur strategi....
Pheewwiittttttt...............
Kami meneruskan perjalanan selepas 20 minit berhenti rehat (sebenarnya kami menunggu satu lagi motorsikal yang tertinggal di belakang). Bila yang last itu sampai, kami pun bergerak menuju kearah Raub.
Semasa memulakan perjalanan ke Raub, kami berpecah kepada dua kumpulan yang besar. Kumpulan pertama bergerak dahulu dan diikuti oleh kumpulan yang kedua. Selepas 30 minit, kami sampai ke Pekan Raub dan kami terus meneruskan perjalanan kami ke Sungai Koyan bagi memulakan pendakian ke Cameron Highland.
Setibanya kami sampai di KM55 antara pekan Raub dan Sungai Koyan, kami memperlahanklan kelajuan kerana kami melihat di hadapan ada satu kumpulan motorsikal yang sedang berhanti di tepi jalan. setibanya kami di tempat tersebut, kami semua terperanjat kerana salah seorg ahli kami telah terlibat dalam kemalangan.
![]() |
| Lokasi dimana kemalangan itu berlaku..Jalan yang lurus tapi merbahaya (km55 Raub - Sg Koyan) |
Beliau membawa versys dan beliau telah terbabas keluar dari jalan ber tar dan jatuh ke tepi jalan kearah semak. Kami semua berhenti untuk membantu mangangkat mangsa dan motorsikalnya. Dan ada juga penduduk setempat yang membantu kami untuk mengangkat mangsa. Dan kebetulan pula satu satu pasukan polis yang melalui jalan tersebut dan mereka juga berhenti untuk membantu.
Oleh kerana menunggu ambulan yang lambat sampai, pihak polis telah bermurah hati menggunakan kereta mereka untuk mengangkat mangsa ke klinik berhampiran iaitu Klinik Desa Sg Koyan.
Selepas mangsa diangkat ke kereta polis dan di bawa ke klinik, kami terus bergerak ke Petronas Sg Koyan untuk berkumpul dan berbincang mengenai status convoy yang di rancang.
Kami semua telah bersetuju dan bersepakat untuk membatalkan convoy tersebut dan kemudian mengikut mangsa yang akan di bawa ke hospital Kuala Lipis dengan menaiki ambulan. Dalam pukul 12.30 pm, kami semua bertolak ke hospital Kuala Lipis dan kemudian menunggu disitu sehingga pukul 3.45 pm. Dalam masa itu, kami sempat juga untuk makan tengahari di hospital dan juga mengerjakan solat dan berehat sebentar di surau hospital.
![]() |
| Sambil menunggu di Hospital Kuala Lipis... |
Pihak hospital Kuala Lipis kemudian membuat keputusan untuk membawa mangsa untuk rawatan lanjut di Hospital Temerloh kerana keadaan beliau yang agak parah.
![]() |
| Ambulan yang membawa mangsa dari Hospital Kuala Lipis ke Hospital Temerloh. |
Kemudian dalam pukul 3.45 pm, kami, bro Fadil dan Bard bergerak dahulu ke arah Temerloh mengikut jalan Raub dan memotong ke Jerantut manakala kumpulan lain mengikut jalan ambulan ke arah Jerantut. Hujan turun semasa perjalanan ke Jerantut dan kami bertemu dengan kumpulan asal kami di Caltex Jerantut.
![]() |
| Berhenti rehat sebentar di Caltex Jerantut sebelum menyambung perjalanan ke Hospital Temerloh. Hujan turun sepanjang perjalanan ke Temerloh. |
Kemudian kami berehat sebentar di Jerantut dan kemudian meneruskan perjalanan kami ke Temerloh didalan hujan. Kami sampai ke Hospital Temerloh didalam pukul 7.15 pm dan terus ke bahagian kecemasan sambil menunggu Dato Zamri yang berada di wad kecemasan. Kemudian ibu dan bapa mangsa sampai dari Kuala Lumpur dan kami terus bersalam dan menerangkan apa yang terjadi.
Kemudian kami pergi makan di kantin hospital Temerloh bersama bro Ipin dan bro Fadil sementara menunggu kehadiran Dato Zamri yang masih berada di wad kecemasan hospital. Setelah semuanya selesai, kami bertolah balik ke Kuala Lumpur dalam pukul 8.45 pm didalam hujan lebat sepanjang perjalanan. Kami selamat sampai di rumah didalam pukul 11.45 pm. Keadaan kami cukup penat sepenatnya dan trip kami telah berubah ke laluan baru iaitu : KL - Bentong - Raub - Sg Koyan - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - Kuala Lumpur. Penat tapi syukur..semuanya selamat.
Maaf, tidak ada gambar bermula pada masa kemalangan sehingga sampai ke rumah...tak sanggup nak ambil...












No comments:
Post a Comment